Rahsia Membuat Tikus Belanda Anda Suka Anda

Soalan lazim yang kita akan dengar adalah “Bagaimana saya dapat membuat tikus belanda saya yang comel ini suka saya?”  Wujudkan ikatan yang kuat dengan si comel anda adalah sangat penting untuk anda dan haiwan kecil ini. Tempoh masa dan usaha adalah beza untuk semua orang. Ia banyak bergantung kepada personaliti seseekor tikus belanda. Hubungan yang baik dengan tikus belanda kesayangan anda akan memudahkan anda untuk mengesan masalah-masalah kesihatan lebih cepat jika ada. Ia adalah amat penting untuk mengesan semua aspek kesihatan tikus belanda anda. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi rahsia untuk membentuk ikatan dengan spesis  yang comel ini  hanya untuk anda. Jika anda ikut tip ini, kami janji anda akan dapat membina ikatan yang kukuh dengannya. Sebelum kami mula, perkara yang harus diingati adalah tidak semua tikus belanda akan sangat laju suka pemilik mereka. Yang paling penting ialah anda tidak berputus asa dan ada kesabaran untuk membentuk ikatan ini. Jom mula!

 

Pertamanya, cakap dengan tikus belanda anda. Tikus belanda adalah haiwan yang dalam kategori mangsa dan mereka sangat senang terkejut dan takut. Dengan melatih bercakap dengannya setiap kali anda menghampirinya atau memberikannya makanan, si comel anda akan mula cam suara anda. Bercakap dengan suara lembut apabila anda memberi sayuran kegemaran mereka. Jangan lepaskan peluang bercakap ini apabila anda sedang beri makanan kegemaran untuknya. Ini banyak membantu anda apabila anda ingin memegangnya. Tikus belanda anda akan yakin dan rasa selamat dengan adanya pemilik kesayangan yang berada dekat dengannya.

 

Kedua, biasakan tikus belanda untuk kaitkan makanan dengan anda. Cuba dapatkan hati si comel anda melalui perut mereka. Potongkan sayur-sayuran kegemarannya menjadi kepingan kecil dan setiap kali anda ingin memegang mereka, bagi kepingan tersebut untuknya.Bila anda berjaya kaitkan makanan dengan anda, ia akan datang ke sisi, mula merayu anda untuk pegangnya.

 

Ketiga, pegangnya beberapa kali dalam sehari. Sesetengah tikus belanda yang banyak diabai oleh pemilik akan lebih susah untuk membina ikatan balik dengan mereka. Tetapi, salah satu cara untuk pecahkan dinding halangan ini dan biasakan si comel ini dengan orang adalah sentiasa pegangnya lebih banyak kali dalam sehari. Untuk pemilik yang baru mula pegang tikus belanda anda, mungkin boleh cuba pegangnya selama 30 saat. Anda tidak mahu takutkannya dengan pegang terlalu lama.

 

Keempat, tikus belanda, dan semua haiwan suka rutin. Satu rutin yang dijalankan mengikut jadual waktu akan membuat tikus belanda anda mempercayai anda lebih banyak. Tikus belanda anda akan berasa lebih selamat bahawa mereka tahu sesuatu yang akan berlaku pada masa tertentu. Oleh itu, pastikan anda menetapkan masa tertentu untuk aktiviti-aktiviti tersebut seperti masa memberi makanan, masa membersihkan tempat mereka dan sebagainya.

 

Kelima, pastikan mereka mempunyai sangkar bersih dan selesa. Sangkar tikus belanda adalah istana mereka. Oleh kerana mereka menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sini, anda akan ingin memastikan persekitaran selesa. Mungkin itu kepada anda hanya sangkar, tetapi kepada mereka, itu tempat di mana mereka tidur, bermain, makan, pergi ke bilik tandas, menggigit jerami, berbual dengan rakan sebilik mereka, minum air, dan mereka yang menonton rakan-rakan bermain. Apa yang di maksudkan di sini adalah mereka menghabiskan hampil sepanjang masa di sana, jadi berikan mereka dengan habitat yang terbaik yang anda boleh.

 

Dengan bimbingan dan nasihat di yang di sebut di atas, saya harap anda dapat mempunyai hubungan yang baik dengan tikus belanda anda. Adalah penting bahawa anda sentiasa memerhatikan tindak balas yang ditunjukkan oleh haiwan kesayangan anda.