Disebabkan kemunculan kematangan seksual yang awal dalam tikus belanda serta kesukaran menentukan jantina tikus belanda, ia bukan tidak biasa kita akan terbeli tikus belanda yang mengandung tanpa kita sedari. Oleh itu, kami di sini ingin berkongsi dengan anda bukan sahaja cara penjagaan tikus belanda yang sedang mengandung, tetapi juga cara ketahui bahawa tikus belanda tersebut sedang mengandung sebelum anda memilikinya. Kami akan megnhuraikan keperluan khusus tikus belanda dari segi makanan dan persekitaran serta risiko yang perlu diberi perhatian termasuk ibu dan bayi.
Kenal pasti kandungan. Sebelum menyediakan keperluan untuk tikus belanda yang mengandung, pastikan tikus belanda anda betul-betul mengandung. Ini sebab kadang-kadang kita langsung tidak pasti sama ada tikus belanda yang kita bawa balik sudah mencapai kematangan seksual atau jika mereka sudah pernah bersama dengan tikus belanda jantan. Tetapi jika anda syak bahawa ia sedang mengandung, beberapa tanda dan perubahan yang anda boleh perasan adalah perkembangan kelenjar susu, pertambahan kuantiti pengambilan air dan makanan, perut yang semakin besar dan kemungkinan pergerakan janin apabila meletakkan tangan di perut mereka.
Untuk kepastian, kita perlu dapatkan rawatan dari veterinar. Penggunaan ultrbunyi (ultrasound) mungkin lebih efektif dalam pengesahan kehamilan tikus belanda anda. Veterinar juga akan di sana sedia menjawab apa-apa soalan atau keraguan tentang penjagaan tikus belanda. Dalam tempoh masa ini, anda mungkin nampak tikus belanda anda mungkin berada dalam kondisi yang normal, namun terdapat beberapa aspek penting yang perlu anda ambil perhatian.
Pertama adalah persekitaran tempat tinggal tikus belanda anda yang sedang mengandung. Di samping memberi makan, pelbagai langkah penjagaan juga penting pada masa ini. Semasa mengandung, anda akan perasan tikus belanda anda akan lebih defensif atau tidak berapa suka berinteraksi dengan anda. Elak daripada sentiasa angkat dan sentuhnya dalam tempoh ini. Haiwan kesayangan anda ini tidak perlu buat sarang untuk melahir. Tetapi, ia masih penting untuk mengekalkan kebersihan sangkar atau tempat tinggalnya.
Jangan buat perubahan yang tidak diperlu di persekitaran tempat tinggal mereka atau rutin harian tikus belanda anda. Perbuatan ini akan memberi tekanan bagi mereka. Begitu juga penting untuk elakkan bunyi bising serta letakkannya di tempat yang bersuhu tinggi. Ia adalah lebih baik untuk meletak tikus belanda anda di suhu yang lebih sejuk. Walaupun kelakuan mereka mungkin sama, tetapi perhatikan cara pergerakannya.
Tempat tinggal yang mudah akses juga penting kerana mobiliti mereka mungkin akan berkurang kerana kehamilan. Pastikan semua keperluannya berada dalam tempat yang senang diakses. Pisahkan tikus belanda yang mengandung dengan yang lain. Letak tikus belanda lain ke sangkar yang lain jika anda memiliki lebih daripada seekor tikus belanda kerana masa ini, kelakuan tikus belanda yang mengandung akan lebih agresif. Akhirnya, jangan melibatkan haiwan comel anda yang sedang mengandung ini dalam sebarang aktiviti yang mungkin menyebabkan tekanan untuknya, seperti berus atau mandikannya. Kecuali sangat perlu, jika tidak, anda dinasihati untuk menangguhkannya sehingga selepas mengandung.
Seterusnya adalah makanan. Sebaik sahaja kehamilan telah disahkan, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah diet tikus belanda. Diet yang betul mengikuts saiz tikus belanda adalah rumput kering, sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C. Jumlah harian vitamin C perlu tiga kali ganda, susulan vitamin C jika tidak cukup dalam diet, buah dan bijirin sebagai ganjaran untuknya sekali-sekala, kuantiti air yang banyak, segar dan bersih juga diperlukan. Jangan bagi tikus belanda anda makan pasli. Walaupun pasli mempunyai vitamin C yang tinggi, tetapi sayur ini boleh memberi kesan negatif untuk kandungan tikus belanda dan mungkin juga menyebabkan keguguran.
Risiko semasa mengandung. Seperti yang disebut di atas, tikus belanda awal capai kematangan. Dalam jangka hayat tikus belanda yang kira-kira 5 tahun, mereka mencapai kematangan kira-kira 2 hingga 4 bulan selapas kelahiran. Sekiranya kita tidak berapa pasti dengan umur tikus belanda kita atau jika ia tidak pernah melahir sebelum ini, ia adalah wajar untuk membuat pemeriksaan doktor haiwan. Masa yang paling sesuai untuk tikus belanda betina mengandung adalah antara 4 dan 7 bulan selepas kelahiran tikus belanda.
Sebaliknya, semasa kehamilan mereka, penting untuk mengetahui bahawa kemungkinan kewujudan patologi yang dikenali sebagai toksemia akan meningkat. Keadaan ini adalah gangguan metabolik yang serius dan berpotensi membawa maut kepada tikus belanda jika tidak dikesan semasa peringkat awal mengandung. Ia boleh berlaku pada tikus belanda betina beberapa minggu sebelum kelahiran atau satu minggu selepas itu. Terdapat beberapa kes yang tikus belanda akan tiba-tiba mati tanpa menunjukkan sebarang simptom. Faktor risiko ini termasuk obesiti dan cepat tua.
Penjagaan tikus belanda termasuk masa penghantaran anaknya. Salah satu ketidakpastian terbesar semasa mengandung adalah mengetahui bila kelahiran akan berlaku. Walaupun kita tahu bahawa tikus belanda akan mengandung selama dua bulan tetapi ia adalah mustahil untuk mengetahui masa kelahiran anaknya dengan tepat. Di samping itu, kita tidak akan selalunya dapat mengesan tanda awal yang menunjukkan kelahiran tersebut akan berlaku, kerana perubahan dalam tingkah laku mereka tidak begitu kelihatan.
Macam mana kesan tikus belanda saya sudah hampir masa melahir anak. Salah satu daripada beberapa cara untuk meramalkan kelahiran akan berlaku adalah periksa tulang pelvisnya. Jika anda meletakkan jari di bahagian pelvis, anda akan perasan terdapat tulang di tempat tersebut. Jika kita perasan tulang tersebut telah dipisah, dengan jarak kira-kira 1 cm, anda boleh membuat ramalan yang kelahiran akan berlaku dalam masa beberapa hari yang akan datang biasanya sehingga sepuluh hari. Kita mesti ingat bahawa cara ini tidak semestinya tepat dan tidak selalu mudah untuk mengesannya.
Terdapat juga beberapa tikus belanda yang boleh menunjukkan pemisahan tulang ini untuk masa yang sangat lama sebelum tanda kelahiran anak betul-betul muncul. Semasa bersalin, tikus belanda akan kekal dan tidak bergerak. Jika anda tertanya-tanya berapa lama masa diperlukan untuk melahirkan bayi tikus belanda, ia biasanya dalam masa 10 minit hingga setengah jam dalam keseluruhan proses ini. Proses ini tidak sepatutya ambil masa yang lebih daripada sejam. Terdapat juga beberapa komplikasi yang mungkin akan timbul sewaktu kelahiran di mana kami akan bincangkan di bawah.
Komplikasi semasa kelahiran. Pengambilan masa yang terlalu panjang. Jika ibu tikus belanda anda bersalin lebih daripada sejam, masalah ini mungkin menunjukkan masalah seperti dystocia yang boleh mengakibatkan kematian untuk ibu dan anak tikus belanda. Sekiranya masalah ini berlaku, anda perlu segera pergi ke klinik haiwan untuk mendapatkan bantuan.
Biasanya, semasa tikus belanda sedang bersalin, ia tidak memerlukan banyak bantuan. Ia biasanya merupakan proses yang cepat dan tikus belanda lebih suka lakukan sendiri. Kita tidak boleh campur tangan melainkan terdapat komplikasi tertentu seperti yang berikut: memecah beg amniotik. Selepas melahirkan bayi tikus belanda, beg tersebut perly dipecahkan oleh ibu dengan giginya. Jika ibunya tidak berbuat demikian, maka ini adalah masa anda campur tangan untuk membantu ibu tikus belanda memecahkannya.
Pendarahan. Pendarahan adalah perkara yang normal semasa tikus belanda sedang bersalin. Jika kuantiti darah melebihi satu sudu, maka anda perlu beri perhatian untuk bersedia membawanya ke veterinar. Bayi tikus belanda boleh berdikari selepas kira-kiranya 24 jam dan boleh makan rumput kering dengan sendiri selepas 3 hari walaupun masih bergantung kepada susu ibu.
Ingat, pisahkan tikus belanda betina daripada jantan supaya ia tidak mengandung sewaktu ini. Walaupun proses mengandung memang akan ada risiko, tetapi penjagaan yang betul juga sangat penting dalam proses ini. Inilah sebabnya mengapa pemilik tikus belanda harus bertanggungjawab untuk sentiasa ada komitmen untuk menjaga mereka dengan sebaik mungkin.