Masalah Tingkah Laku Kucing. Kenapa Mereka Bertindak Sedemikian, Anda Wajib Tahu

Mencakar-cakar. Kucing suka mencakar. Mereka melakukannya sepanjang masa semasa bermain, mengasah kuku dan menandakan kawasannya. Ini mungkin adalah berita buruk bagi pemilik si comel yang mempunyai perabot, tirai dan permaidani di rumah. Kita mungkin ingat mereka sengaja mencakar parabot, langsir hanya untuk merosak, bermain atau keseronokan. Tetapi sebenarnya, mereka ingin mengimbangi semua tenaga mereka antara main dan menanda kawasan atau untuk mengasar kukunya. Anda boleh membeli tiang yang dihasil khas untuk kucing yang suka mencakar atau menggasar kuku mereka. Sentiasa potong kuku si comel anda. Ia mungkin kelihatan menakutkan, tetapi sebenarnya memotong kuku haiwan kesayangan ini adalah lebih mudah daripada apa yang anda fikirkan. Kemahiran yang boleh dipelajari dengan laju. Dapatkan nasihat dan cara memotong kuku kucing anda dari veterinar. Selapas anda biasa memotong kuku kucing anda, anda akan dapat siapkan proses ini dalam 30 saat.

 

Waktu malam, waktu keseronokan. Kucing suka berseronok, dan selalunya akan ‘naik gila’ waktu malam. Ramai kucing domestik biasanya akan bersendirian, menghabiskan waktu siang mereka bersantai di dalam rumah sementara tuan mereka sedang bekerja. Oleh itu, sekiranya kucing anda tidak banyak bersenam waktu siang, ia mungkin bertindak dengan gila waktu malam. Membuat perancangan awal dan mengenal pasti sama ada kucing anda akan lapar pada waktu malam. Sediakan penyuap makanan automatik supaya kucing anda tidak bangunkan anda semasa anda tidur. Cuba bermain dengan si bulu ini sewaktu petang sehinggan dia letih. Melainkan anda rasa kucing anda sakit, kalau tidak, jangan bangun untuk layannya. Anda akan memupuk tabiat yang buruk dalamnya.

 

Kucing elak “litter box” atau kotak pasirnya. Adakah kucing anda pernah memboikot kotak pasirnya? Merajuk dan tidak mahu gunakannya walaupun disuruh atau marah. Relakskan diri, jangan cepat marah dengannya. Biasanya akan ada sebab kucing anda mengelak kotaknya dan mujurnya ada banyak penyelesaian yang anda boleh lakukan untuk menangani isu ini. Kerana kucing mempunyai deria bau yang sangat kuat dan kotak pasir yang tidak bersih boleh menjadi sangat menganggu bagi mereka. Sering kali, ia semata-mata kerana kucing manja anda tidak suka dengan kotak pasirnya. Guna lebih daripada satu kotak pasir yang beza. Bersihkan kotak pasir tersebut sekurang-kuranya sekali atau dua setiap hari jika anda memiliki banyak kucing.

 

Kucing mengiau. Kucing biasanya tidak akan mengiau dengan kucing yang lain. Mereka mengiau dengan manusia. Mereka yang mengiau biasanya untuk minta makanan, bersapa dengan anda atau untuk dapatkan perhatian dari pemilik mereka. Jika kucing anda sedang mengiau untuk dapatkan makanan, jangan menyuapkannya semasa dia ngiau. Jika dia ngiau untuk dapatkan perhatian, baginya apabila dia sudah diam. Jika kucing anda ngiau tidak berhenti dan kelihatan beza daripada apa yang biasa dia lakukan, dapatkan nasihat daripada veterinar anda.

 

Pencerobohan. Tidak sihat atau dalam kesakitan boleh menyebabkan angin seseorang tidak baik. Begitu juga dengan kucing. Jika kucing anda menjadi agresif, beritahu veterinar anda dengan segera. Bincangkan pencerobohan yang kucing anda telah lakukan. Jangan mendekati kucing yang kelihatan badan bergelung, merenung anda dan sedang mengaum walaupun anda mempunyai ikatan hubungan yang kuat. Ini kerana keadaan ini sudah meletakkannya dalam mod kekeliruan, tertekan dan ketakutan. Jangan pukul kucing yang agresif, ini akan memburukkan keadaan lagi. Jika anda hendak menghalang kucing anda yang sedang berlawan dengan kucing lain, jangan sesekali cuba pergi melepaskan kucing-kucing tersebut, anda mungkin akan dicakar. Semburkan sikit air, buat bungi kuat atau lemparkan benda yang lembut kepada mereka.