Kucing Albino Dan Kucing Putih. Di Mana Perbezaanya?

Kucing albino dan kucing putih adalah tidak sama. Mari kita fahami perbezaan ini dari sudut saintifik serta sebab-sebab yang menyebakan wujudnya albinisma dalam kucing. Apa yang menjadikan seekor albino kucing tulen. Kebalaran atau albino boleh dikatakan wujud dalam genetic yang di mana situasi ini akan wujud kekurangan warna atau pigmentasi yang sempurna. Untuk kewujudan albinisma dalam anak kucing, ibu bapa kucing tersebut mesti ada albinisma genetik di mana kedua-dua kucing tersebut mempunyai kot putih pada bulu dan dalam banyak aspek, kedua-dua ekor kucing adalah kucing yang biasa.

 

Walaupun kucing jenis ini mungkin kelihatan putih pada bulunya namun jika dipandang dengan lebih dekat, anda akan mendapati perbezaannya. Perbezaan yang utama akan anda sedari adalah perbezaan dari segi matanya. Lain daripadanya, kucing putih lebih cenderung kepada mempunyai warna mata yang ganjil atau menarik seperiti warna hetrocromia, biru, kuning dan hijau. Kucing putih juga ada kemungkinan besar mempunyai kecacatan kongenital di mana masalah seperti masalah pendengaran atau buta akan berlaku.

 

Sebaliknya, kucing jenis albino mempunyai mata yang di mana spektrumnya adalah terhad. Keadaan ini wujud disebakan pigmentasi yang dihasilkan tidak lengkap. Warna kucing jenis ini akan kelihatan merah jambu, merah jambu dengan sedikit biru atau biru putih.

 

Seterusnya, kucing albinisma akan lebih sensiftif dengan cahaya. Pigmentasi yang kurang dalam kucing jenis ini adalah hasil daripada kelemahan dalam penghasilan melanin dan melanin mempunyai banyak fungsi. Bagi kucing, ia memainkan peranan yang penting dalam penghasilan warna untuk bulu, badan dan mata kucing. Tambahannya, ia membantu untuk melawan pelbagai penyakit dalam tubuh kucing. Walaupun kucing yang jenis albinisma ini tidak dikait dengan pelbagai penyakit, namun cahaya matahari yang kuat atau pendedahan yang terlalu lama dengan cahaya matahari akan merosakkan penglihatan dan kulit kucing tersebut. Hanya 2 peratus dalam populasi kucing yang ada albinisma tetapi ada juga dalam populasi kucing yang separuh albinisma yang bermata biru dan merah jambu.

 

Terdapat lapan gen beza yang akan membentuk dan memutuskan warna bulu seekor kucing. Ada warna yang asas seperti hitam dan ada warna campuran seperti warna oren dalam lapan gen berbeza ini. Jika warna-warna ini terdapat dalam gen kucing anda, mungkin kucing anda yang hitam boleh lahirkan kucing anak yang berwarna jingga. Ini adalah disebabkan campuran warna yang wujud dalam tubuh gen akan mula dipasang semasa pembentukan anak kucing dan semua keturunan gen warna di tubuh mak kucing akan dipasang dan mungkin membentukkan anak kucing yang berwarna hitam atau digantikan dengan warna lain seperti warna jingga.

 

Warna gen bersama dengan ‘gen kakak’ iaitu titik putih, bertanggungjawab untuk bulu putih yang anda lihat pada kucing yang berwarna. Tetapi ia tidak akan mempunyai sebarang kaitan dengan kepekakan.

 

Jika semua gen warna telah dipadamkan, lebihannya yang tinggal adalah putih. Oleh itu, putih bukan satu warna bagi kucing. Kucing putih yang sering dikaitkan dengan pekak tidak akan berlaku pada kucing yang ada albinisma. Ini disebabkan kucing jenis albinisma kelihatan sebegini kerana kekurangan warna dan bukannya tiada warna. Kita harus ingat bahawa bukan semua kucing putih adalah pekak, tetapi kucing putih dengan mata biru akan dikatakan lebih berisiko dengan kemungkinan ini.