Adakah Tikus Belanda Anda Suka Anda?

Tikus Belanda yang dikenali juga sebagai Cavonia porcellus, adalah tikus yang paling popular dijadikan sebagai haiwan kesayangan.  Mereka adalah mamalia herbivora yang dapat menghasil dengan cepat. Ini berikutan dengan tikus comel ini yang mempunyai keperibadian dan merupakan haiwan yang senang dijaga dan dijinak. Tetapi, untuk mendirikan hubungan dan mengenal pasti tikus belanda sama ada mereka selesa dan gembira mungkin adalah sukar bagi anda. Oleh itu, di sini kami akan berkongsi dengan anda cara mengesan tanda-tanda bahawa tikus belanda anda suka anda.

 

Watak tikus belanda beza dari watak anjing dan jika anda cuba pegang atau sentuh tikus belanda anda dan ia cuba melepaskan diri dari anda, anda kena faham bahawa ini adalah personaliti yang biasa untuk spesisi ini. Personaliti tikus juga lebih kepada jenis haiwan yang agak diam dan cepat takut. Jika terdapat sedikit bunyi bising atau pergerakan yang tiba-tiba yang mengejutkannya, kemungkinan yang besar haiwan ini akan lari bersembunyi.  Walaupun haiwan ini bukan jenis yang agresif tetapi anda kena fahami tikus belanda yang beza mempunyai jenis keperibadiannya yang sendiri. Ada yang lebih suka mendekati pemilik mereka, ada yang suka bermain. Secara keseluruhannya, ia paling dikenali sebagai binatang yang pintar. Tetapi, bagaimanakah anda tahu jika tikus belanda suka anda? Teruskan baca untuk ketahuikanya.

 

Suka dipegang. Tikus belanda merupakan haiwan yang cepat takut dan terkejut. Jika ia benar anda pegangnya, anda tahu anda sudah berjaya menarik hatinya. Seekor tikus belanda yang membenar anda pegangnya, ini telah menunjukkan bahawa mereka sangat yakin dengan anda dan telah anggap anda sebagai pelindung mereka. Kalau tikus belanda anda mula gugup dan kelihatan takut, bersabarlah dengannya dan cuba mendekatinya perlahan-lahan. Bagi tikus belanda anda sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan anda. Jangan paksanya untuk berada dekat dengan anda.

 

Tikus belanda suka teman anda. Bagaimana anda boleh tahu jika tikus belanda anda suka teman anda. Jawapannya adalah lebih mudah daripada anda bayangkan. Jika anda perasan rakan comel yang kecil anda suka menghampiri anda, ikut anda merata-rata di rumah, benar anda bermain dengannya, maksudnya kawan kecil ini sangat ambil berat tentang anda. Seperti kebanyakan haiwan, tikus belanda tidak akan faham jika anda bercakap dengan mereka, tetapi mereka akan mengenali tona suara anda. Tona suara yang biasa mereka dengar, selain nampak anda, akan membantu mereka rasa selamat dan menyakinkan mereka.

 

Tikus belanda makan dari atau di tangan anda. Adakah anda rasa susah untuk mengajar tikus belanda anda makan dari atau di tangan anda? Cuba langkah mudah ini. Pertama sekali, bagi kebebasan untuk tikus belanda anda makan di tempatnya dengan bekas sendiri yang  anda sediakan. Ingat bahawa tikus belanda adalah haiwan herbivora, jadi mereka memerlukan sebilangan besar serat dalam diet mereka. Mereka juga boleh memakan rumput dan rumput kering, serta buah-buahan dan sayur-sayuran. Oren juga dikatakan sebagai makanan kegemaran mereka. Lepas itu, biarkannya pilih bila dan macam mana ia makan. Selepas beberapa hari, cuba bagi makanan untuknya dengan tangan anda. Jika tikus belanda anda masih berhati-hati semasa menghampiri anda, sabar dan tunggunya datang ke anda. Apabila haiwan kecil ini makan dengan selesa dari tangan anda, tahniah! Anda boleh mempercayai bahawa mereka sudah berasa lebih selesa dengan anda.

 

Gigitan ringan pada kaki atau kasut. Tahap di mana tikus belanda anda cuba gigit kaki atau kasut anda dengan ringan telah membuktikan bahawa haiwan kecil ini sangat sayang anda atau ia sedang minta makan dari anda.

 

Tikus belanda anda tidak menggigit anda. Gigitan di sini bermaksud tikus belanda anda tidak  gigitan yang kuat atau gigitan yang agresif. Tikus belanda menggunakan gigitan untuk mempertahankan dirinya. Gigitan adalah biasa kalau tikus belanda berada dalam persekitaran yang baru dikelilingi bau yang baru. Tetapi jika anda biarkan ia biasakan diri dengan persekitaran tersebut, anda akan perasan gigitan tersebut akan menjadi kurang dan seterusnya mungkin tukar kepada jilat.

 

Semua tingkah laku mulut ini adalah salah satu cara di mana haiwan ini menunjukkan kasih sayangnya terhadap anda. Perkara yang kena perhati adalah masa haiwan anda sedang mencari pasangannya. Gigitan masa ini akan lebih agresif. Kalau ia tiba-tiba gigit anda dengan kuat walaupun ia biasanya tidak akan membuat sedemikian, kami cadangkan anda membawakannya ke klinik haiwan untuk pemeriksaan yang selanjutnya. Kelakuan ini mungkin menunjukkan tanda ia sakit atau berada dalam kesakitan. Anda juga boleh rujuk artikel kami mengenai tanda-tanda tikus belanda yang sakit.