‘Tendangan Arnab’ – Mengapa Kucing Anda Berbuat Demikian?

Terdapat banyak kes yang di mana anda duduk di rumah sambil buat kerja anda. Si comel kesayangan anda datang menghampiri anda, mendengkur di depi telinga, menggosok-gosok tangan anda. Dengan rasa sayang yang dicurahnya, anda hendak mengusapkannya. Pada masa itu, anda mungkin sedang sibuk bermain dengan kucing anda apabila dia berguling dan menunjukkan perutnya. Tanpa disedari, tiba-tiba ia menggenggam tangan atau pergelangan tangan anda, kemudian mengambil dua kaki belakangnya tendang anda. Inilah dipanggil ‘tendangan arnab’. Hairan juga mangapa tendangan kucing ini di panggil begitu?

 

Jangan risau, kelakuan yang berubah dengan tiba-tiba dari si comel anda ini tidak terjadi pada anda sahaja. Tingkah laku ini sentiasa dapat dilihat semasa bermain dan juga semasa pertemuan yang agresif. Oleh sebab kadang-kadang kucing anda mula terbawa-bawa semasa bermain, mereka akan melakukan tendangan kaki belakang yang lebih kuat selepas beberapa tendangan dan mungkin bertukar dari main ke serangan agresif di atas ‘pihak lawannya.’ Kucing juga guna tendangan ini ketika main dengan mainan besar mereka juga. Maka, ada pengeluar yang mereka sejenis mainan beg tendang untuk sesetengah kucing yang di mana masa bermain mereka sentiasa melingkungi tendangan arnab ini.

 

Seterusnya, ia kerap dilihat apabila ibu bapa kucing berbuat cara ini untuk bermain dengan anak mereka. Ini boleh menjadi satu kelakuan di mana apabila kucing anda terlalu bersemangat semasa bermain dengan anda, tangan anda mungkin akan menjadi pihak lawan daripada menjadi mainan sahaja. Cara ini menunjukkan bahawa tangan anda adalah pihak lawan yang bergerak di mana pergerakan yang dibuat ke arah kucing anda merupakan satu serangan dan di situlah kucing anda akan cuba melarikan diri tetapi pihak lawan masih mengejar ke arahnya. Oleh itu, tendangan arnab dikeluarkan.

 

Tendangan ini juga bermaksud bahawa kucing anda tidak mahu berinteraksi dan bermanja dengan anda. Ada kalanya kucing anda akan bersantai atau sedang menikmati tidurnya dengan perut menghala ke atas. Ia boleh menjadi sukar bagi kita yang sebagai ibu bapanya untuk menahan kecomelan tersebut apabila lihat perut lembut dan berbulu itu terdedah. Banyak masanya, ramai kucing yang tidak suka perut mereka disentuh sebab bahagian tersebut adalah bahagian yang paling lemah sekali dan berbuat demikian akan mencetuskan tindak balas tendangan arnab sebagai pertahanan segera. Tindakan semula jadi ini menunjukkan bahawa mereka tidak mahu menyerang anda atau lawannya. Tetapi jika perbuatan tersebut diteruskan, mereka akan melancarkan serangan balik dengan semua senjata mereka yang ada termasuk kuku pada semua empat kaki dan giginya sekali.

 

Apabila terancam, seekor kucing boleh melompat ke belakang untuk menunjukkan lawannya bahawa dia tidak mahu melakukan peperangan tetapi jika perjuangan berterusan, dia akan melibatkan semua senjata mautnya yang termasuk bukan hanya giginya tetapi kuku pada semua empat kaki . Semasa anda sedang cuba untuk menyentuh seekor kucing yang perutnya menghala atas, anda meletakannya di posisi pertahanan dan ia sedang tunggu untuk lawan balik bila-bila masa. Anda dinasihati untuk menyentuh dan mengusapnya di bahagian yang lebih selamat. Sekiranya kucing anda benar-benar suka digosok perut, ingatlah bahawa kerana satu kucing suka tidak bermakna semua kucing akan berbuat demikian. Cuba kaji kelakuan mereka dan jangan letakkan diri anda dalam kecederaan. Ingat sebelum anda berbuat demikian.