Cara Sentuh dan Peluk Arnab Peliharaan Anda

Apabila anda mula-mula beli dan membawa arnab anda pulang ke rumah, anda ingin memberi arnab tersebut masa untuk bertenang dan biasa dengan rumah barunya. Namun kebanyakan orang tidak berbuat demikian. Disebabkan keterujaan mendapat arnab, kadang-kadang kita akan tidak sabar mahu meletakkannya di atas paha kita, sentuh atau memeluknya.

 

Arnab adalah haiwan jenis mangsa dan apa saja yang mangambil atau memeluknya dengan segera adalah pemangsa kepada arnab. Tiada benda di alam yang akan akan mengambil arnab mahupun ibuya sendiri. Mereka bukan haiwan yang mudah untuk ditangani. Tetapi itu tidak bermaksud anda tidak boleh berpelukan dan sebagainya dengan arnab comel anda. Pendekatan dengan cara yang betul akan memberi keselesaan terhadap arnab anda apabila anda mendekatinya.

 

Yang pertama apabila anda hendak bagi arnab anda biasa dengan persekitaraan baru, anda boleh letak arnab ke dalam sangkar yang betul siaznya atau ruang yang selesa di mana mereka boleh bergerak dengan selesa seperti kurungan latihan. Beri dia sedikit ruangan sendiri, beserta denagn kotak besar yang bagus untuk arnab anda mengeluarkan kotoran sebelum anda sentuh, peluk atau mengendalikannya. Berikan arnab anda beberapa hari untuk membiasakan diri dengan persekitaran. Dari masa ke semasa, anda boleh duduk di tepi sangkar atau kurungan latihannya sambil membaca, jawab panggilan, menjawab mesej atau melakukan kerja sendiri. Ini akan membembantu arnab anda biasa dengan haba serta bau badan anda. Cara ini juga memberi peluang untuk arnab tersebut mendekati, menghidu dan memanjat ke atas anda.

 

Selapas beberapa hari, inilah masanya anda boleh mula sentuhnya kerana ia sudah menjadi biasa dengan anda. Ramai haiwan kecil seperti arnab yang sentisa disentuh secara tergesa-gesa sehingga mereka akan mula rasa tidak selesa dan akan gigit anda untuk elak tangan anda terus sentuhnya. Oleh itu, apabila anda ingin menyentuhkannya, mula dari bahagian di mana arnab tersebut dapat lihat tangan anda iaitu dari tepi. Elak ambil tangan anda di depan arnab apabila hendak meyentuhnya. Disebabkan arnab mempunyai titik buta di bahagian depan, jadi cara menyentuhnya dari depan kepala arnab mungkin akan buatnya kurang selesa dengan interaksi anda.

 

Cuba meletakkan tangan anda dengan cara genggaman di antara kedua-dua mata dan anda akan sedar bahawa kita tidak akan dapat melihat kebanyakan perkara di sekeliling anda dan itulah cara arnab nampak jika kita menyentuhnya dari depan kepala. Jadi, cara yang patut anda buat adalah membawa tangan anda dari tepi, sudut penglihatannya yang paling jelas bagi arnab. Cuba menyentuh dengan perlahan-lahan dari kepala hingga telinganya, kemudian berhenti sekejap untuk biarkan arnab kita membuat keputusan sama ada hendak anda teruskan ke tidak. Ini juga isyarat untuk arnab bahawa anda hormatnya dan akan beri ruang untuknya jika ia mahu sedikit ruangan sendiri. Jika anda tidak berbuat demikian, lama-lama ia akan belajar untuk elak atau berjalan jauh dari anda jika ia hendak ruangannya sendiri.

 

Seterusnya adalah cara mengangkat atau memeluknya. Salah satu cara yang berkesan adalah cara pengangan bola ragbi iaitu angkatnya dari sisi. Satu lagi perkara yang perlu diingati adalah tidak angkatnya dengan pegang telinganya atau angkat belakangnya macam cara angkat kucing dengan cara cubitan. Kulit arnab bukan direka untuk cara pegang sebegini dan ini mungkin akan menyakitkan kulit atau bahagian lain badannya. Apabila seekor arnab sangat selesa dengan cara pegang atau angkatnya, ia tidak akan bergerak sini dan sana, ia akan duduk dengan diam di tangan anda.

 

Yang pertamanya, anda perlu angkat arnab dengan buka semua jari dan sokong perutnya dengan tapak tangan untuk dekatkannya dengan anda. Kemudian, ambil keluar tangan tadi dan dari sisi letak tangan anda di belakang arnab, angkatkannya dan biar kepalanya rehat di lengan anda dengan satu lagi tangan boleh buat benda lain. Inilah cara angkat bolasepak ragbi. Jika arnab anda sangat senyap, anda dah berjaya.

 

Tetapi anda juga perlu ingat bahawa semasa mengguna cara pegang ini, jangan guna tangan yang lagi sebelah untuk menyokong kakinya sebab kakinya sepatutnya dibiar dengan posisi selesa ini supaya kakinya dapat segera sentuh lantai semasa anda hendak menurukannya. Untuk Menurukannya, anda hanya perlu pergi ke tempat yang ada meja atau jika anda berada di atas lantai, berlutut dulu dan kemudian lepaskannya perlahan-lahan dengan kaki.