10 Kesilapan Yang Biasa Dilaku Oleh Pemilik Arnab

Arnab sangat berbeza dengan haiwan peliharaan yang lain. Untuk orang yang kali pertama membeli si comel ini dan walaupun kita berasa sangat puas untuk membeli makanan-makanan kegemaran dan mainan untuk arnab kita, tetapi kebiasaanya kita tidak akan membaca tentang descripsi atau kandungan benda-benda ini dan akan membeli apa-apa benda dengan gambar arnab dilekat atasnya. Hanya disebabkan penerangan di atas menunjukkan untuk arnab tidak bermaksud bahawa benda tersebut adalah baik untuk arnab anda. Tetapi barang seperti tempat pembuangan kotoran arnab atau mainan masih bolehlah kita beli atau abaikan penerangannya.

 

Kesilapan kedua yang biasa orang yang memelihara arnab akan lakukan adalah membeli sangkar yang kecil dan sekali lagi ini sering dijual di kedai haiwan peliharaan. Ini mungkin adalah salah satu tanggapan di mana kita akan melihat gambar arnab pada kotak dengan beberapa slogan yang pelik seperti “hidup impian”. Jika sangkar adalah untuk arnab bayi, ia akan membesar dua kali ganda saiznya dalam dua bulan dan anda mungkin tidak memerlukan sangkar itu lagi dan akan membuangkannya. Sama seperti kucing, arnab perlu tempat yang luas dan selesa di mana sekurang-kurangnya dalam kandang latihan yang besar ruangannya. Harga untuk kandang juga lebih murah berbanding dangan harga sangkar.

 

Jika membeli sangkar adalah salah satu pilihan anda, maka ukuran dan size sangkar tersebut amat penting supaya kita tidak membuat kesilapan masa beli. Misalnya ukuran 60cm x 90cm lebih sesuai untuk arnab yang beratnya kurang dari 4kg atau 80cm x 100cm untuk arnab yang lebih besar. Dengan kebebasan untuk bergerak bebas dalam sarangnya di dalam ruangan yang besar dan selesa, arnab anda juga akan sangat mudah dilatih untuk menggunakan tandas.

 

Seterusnya kesilapan yang ketiga adalah pemakan rumput kering. Rumput kering adalah bahagian yang paling penting dalam diet arnab. Oleh itu, elakkan bagi arnab anda pemakan rumput kering yang kecil seperti 24cm x 16cm x 5cm. Walaupun pemakan rumput kering yang kecil kelihatan padan dengan arnab yang comel, namun kuantitinya tidak akan cukup untuk dos harian arnab. Halangan pada pemakan rumput kering yang tidak cukup luas akan menyebabkan arnab anda susah untuk ambil rumput kering.

 

Tambahan lagi, terdapat kepercayaaan di mana hanya beri arnab kita makan lobak merah sudah cukup untuk diet seharian arnab. Bagi arnab makan lobak merah bagai bagi gula-gula untuknya. Lobak merah hanya perlu diberi dalam jumlah yang kecil sebagai makanan yang jarang makan. Makan terlalu banyak dan anda akan mendapati arnab anda sakit atau mati jika ini diteruskan. Oleh itu, pengambilan yang paling berkhasiat untuk arnab adalah sayur-sayuran dan diet yang paling utama bagi arnab adalah rumput kering, rumput, sayur-sayuran berdaun dan sebilangan kecil pelet yang diukur.

 

Kesilapan yang kelima adalah mendapatkan pelet atau pelet yang salah. Sering kali anda akan melihat pelet dijual yang terlalu diproses di mana ia datang dengan bahan tambahan seperti kacang dan buah-buahan. Semua ini adalah makanan yang tidak diperlu oleh arnab. Pelet sebenarnya bukan keperluan makanan dan ia semata-mata merupakan makanan sampingan atau tambahan sahaja. Tetapi jika anda hendak memberikan pelet untuk arnab anda, gunakan jenama yang anda boleh pertimbangkan di mana jenamanya mempunyai sekurang-kurangnya 18% serat dalam kandungan tersebut. Pengambilan pellet yang terlampau banyak juga akan menyebabkan obesiti dan boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Misalnya satu cawan suku sekali sehari sudah cukup untuk arnab yang beratnya 2kg.

 

Kesilapan yang terakhir adalah jilat garam batu. Mengenai tradisi dan kepercayaan popular ini, masih tidak ada yang ketahui mengenai asal usulnya. Memberi arnab anda menjilat garam batu bagai memberi arnab anda satu botol garam. Adakah kita akan makan garam batu untuk keseronokan? Tidak. Jadi mengapa arnab kita? Tindakan ini adalah sangat tidak sihat untuk si comel anda kerana arnab anda sudah mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlu dengan secukupnya dari sayuran dan rumput kering mereka. Sebagai konklusinya, arnab anda tidak perlu menjilat garam, vitamin atau menggunakan benda kayu keras untuk mengasar gigi mereka. Gigi arnab akan sentiasa berada dalam panjangan yang betul dihasil oleh silikat dan lignin yang wujud dalam kandungan rumput atau rumput kering.