Kenapa Kucing Saya Suka Makan Rumput?

1) Kucing Makan Rumput Untuk Menarik Perhatian: Kucing cepat mempelajari sesuatu tingkah laku dan antaranya ialah cara untuk mendapatkan perhatian orang terutamanya tuan mereka. Reaksi yang kita biasa akan beri apabila ternampak kucing sedang makan rumput adalah sama ada kita akan rasa ia comel atau kita akan cuba untuk mendapatkan kucing itu untuk berhenti supaya dia tidak sakit. Kucing boleh mengulangi tingkah laku makan rumput untuk mendapat perhatian daripada orang-orangnya. Kucing biasanya yang kecil, aktif, masih belajar tentang persekitaran mereka di mana banyak benda akan pergi terus ke dalam mulut, dan rumput juga terlepas dari si comel ini. Sekali anak kucing telah mula mengunyah bilah rumput, merasi tekstur rumput yang memuaskan, ia akan cuba lakukannya sekali lagi yang seterusnya mungkin menjadi kekerapan untuknya.

 

2) Kucing anda mungkin ada Obsessive-Compulsive Disorders (OCD): Kucing yang ada penyakit ini akan menyebabkan mereka ingin mengunyah atau memakan sesuatu yang bukan sumber makanan yang sesuai untuk mereka. Barang-barang ini sering termasuk plastik, penyepit rambut, kayu, kain, kerusi dan lain.

Bila anda perlu jumpa veterinar? Jika kucing anda mempunyai obsesi untuk makan rumput, anda perlu cuba untuk mendapatkan nasihat yang lebih lanjut daripada veterinar. Terdapat juga kemungkinan yang di mana kucing anda ada masalah pica, tindakan yang berulang dalam pengambilan makanan yang biasanya ditakrif sebagai keinginan yang tidak terkawal untuk makan benda yang bukan makanan secara berterusan.

Namun, semua ini hanyalah diduksi penyakit sahaja tanpa nasihat sebenar daripada veterinar. Ini adalah penting untuk diperhatikan bahawa tidak semua kucing yang mengunyah atau memakan benda bukan makanan mempunyai pica. Khususnya dalam kes anak kucing, kebanyakan masa kucing tersebut hanya ingin berekspeimen atau main dengan benda tersebut. Pica merujuk kepada tabiat jangka panjang dan bukannya kejadian sekali.

 

3) Untuk Mengatasi masalah ketidakselesaan dalam perut: Terdapat hari yang di man kita juga akan berasa ketidakselesaan dalam perut kita di mana kita sendiri pun mungkin tidak tahu puncanya. Bagi si comel anda yang tidak boleh bercakap manusia, inilah yang kadang-kadang ia hadapi. Sesetengah pakar percaya bahawa kucing makan rumput untuk menyelesaikan perut mereka, sama seperti manusia menggunakan tablet antacid untuk melegakan ketidakselesaan perut atau masalah penghadaman.

Daun rumput yang nipis boleh menyebabkan kucing muntah. Ada pakar yang menganggap cara muntah ini dapat membantu kucing membersihkan sesuatu, tetapi sebenarnya kucing yang sihat mampu memproses dan menyingkirkan masalah ini tanpa bantuan rumput.

Jus rumput juga mengandungi asid folik dan vitamin di mana ia juga terdapat dalam susu ibu kucing, dapat membantu pengeluaran oksigen dalam aliran darah kucing. Asid folik yang rendah boleh mengakibatkan anemia untuk kucing kita dan pertumbuhan kucing yang muda juga boleh menjadi lebih perlahan dan sukar.

Adakah kucing secara naluri mengetahui bahawa mereka kekurangan asid folik dan sebab itu mereka akan mencari dan menyerap rumput untuk mengatasi keadaan ini? Kita hanya boleh membuat tekaan sahaja. Untuk kucing yang tidak pernah keluar dari rumah, suplemen asid folik boleh didapati atau ditambahkan dalam makanan kucing anda.

 

4) Membantu mengurangkan parasit: Ada yang percaya kucing makan rumput mungkin untuk membantunya mengurangkan parasit dalam usus kucing. Sama ada ini dipengaruhi oleh serat rumput yang secara mekanikal merangkumi beberapa cacing dengan mengaitkannya dengan mereka sebagai bahan tumbuhan bergerak melalui saluran usus atau dengan mendorong kucing untuk memuntahkannya adalah masih tidak diketahui. Namun yang pasti adalah terdapat pakar yang menemui parasit usus yang dibalut rumput dalam serpihan serigala. Terdapat kata-kata lain daripada penyelidik lain yang percaya kebiasaan makan rumput mungkin hanya adalah sebahagian daripada corak tingkah laku kucing tersebut, seperti sesetengah orang yang mempunyai cita rasa sendiri untuk makanan tertentu.