Obesiti Arnab: Pembawa Penyakit Lain

Terdapat banyak haiwan di dunia haiwan peliharaan yang mengalami peningkatan berat badan yang ketara dan gemuk. Obesiti wujud dalam setiap spesis termasuk arnab. Seperti manusia, anjing, kucing, dan juga burung, penambahan berat badan malangnya juga akan memberi kesan kepada kesihatan arnab kesayangan anda. Oleh itu, kena berhati-hati.

 

Penyebab obesiti dalam arnab? Pengambilan quantiti makanan yang terlalu banyak biasanya merupakan sebab obesiti berlaku pada arnab tetapi faktor ini sahaja tidak cukup untuk mempengaruhi berat badan arnab kita yang sangat aktif ini. Salah satu sebab untuk masalah ini adalah kekurangan senaman yang diperlukan.

 

Arnab merupakan haiwan yang perlu banyak melompat dan berlari tetapi seringkali kita hanya memelihara mereka di dalam sangkar yang kecil dan hanya membenarkan mereka bersenam atau melompat sekejap sahaja. Ganjaran atau layan juga penyumbang terhadap masalah ini di mana pasaran sentiasa memasarkan pelbagai makanan ringgan untuk arnab dan pemilik arnab membelikan apa-apa saja makanan arnab yang kedai haiwan tawarkan tanpa membaca kandungannya.

 

Macam mana mengesan obes dalam arnab. Setiap spesies kelinci mempunyai satu set piawaian baka yang berbeza untuk saiz dan berat badan yang normal bagi seekor arnab. Piawaian ini harus digunakan sebagai panduan untuk membantu anda mengesan sama ada berat badan arnab anda mencapai obesiti atau tidak.

 

Memeriksa berat arnab anda secara tetap akan bertindak sebagai tanda amaran awal untuk masalah yang perlu ditangani. Arnab yang obesiti akan susah untuk berjalan atau bergerak. Kesusahan untuk merasakan tulang rusuk, tulang pinggul, tulang belakang dan anda akan rasa terdapat lemak yang akan berkumpul di sekitar pergelangan kaki, ekor, leher dan perut arnab. Cara yang paling baik untuk mengenal pasti perubahan dalam berat badan arnab anda menggunakan skala timbangan selain daripada mata kita sendiri.

 

Jadi jika anda rasa terdapat perubahan berat dalam arnab anda, rekod berat badan ini akan membantu anda untuk membandingkan mengenal pasti perubahan tersebut. Sekiranya anda masih tidak pasti jika arnab anda mempunyai berat badan yang betul maka dapatkan pemeriksaan doktor haiwan akan memberi anda idea tentang berat badan yang sepatutnya ada pada arnab anda.

 

Obesiti tidak baik untuk arnab. Pelbagai masalah kesihatan yang boleh dikaitkan dengan obesiti arnab dan kebanyakan ini agak teruk. Seekor arnab yang gemuk akan ada risiko yang lebih tinggi untuk simptom-simpton seperti rekanan di hati dan belakang, komplikasi atau masalah saluran pencernaan dan saluran pembuangan arnab, masalah pembiakan, pododermatitis,  jangkitan yang juga dikenali sebagai hocks dan penurunan jangka hayat. Obesiti juga telah dianggap penyebab yang paling besar untuk penyakit kanser.

 

Cara pencegahan. Cara yang terbaik untuk mencegah obesiti adalah menyediakan diet yang seimbang untuk arnab anda. Untuk mengurangkan lagi masalah ini, pastikan anda menghadkan quantiti makanan yang disedia untuk arnab anda. Arnab yang berusia lebih daripada 6 bulan harus diberi makan rumput atau rumput kering dan diet pelet. Letak di tempat yang mudah untuk arnab anda akses untuk makan makanannya. Rumput alfalfa dan pelet alfalfa hanya cuma boleh diberi kepada arnab yang mengandung atau sedang membesar. Satu lagi faktor untuk mengelakkan obesiti adalah untuk memberikan dia ruang yang cukup untuk bersenam. Gunakan sedikit masa untuk bersama dengan haiwan kesayangan anda biarkannya melompat sini dan sana. Cara ini adalah cara yang paling mudah untuk menurunkan berat badan mereka.

 

Konklusinya, seekor arnab dewasa yang sihat mungkin memerlukan dietnya berubah untuk mengelakkannya menjadi lebih berat. Ini biasanya dilakukan dengan mengurangkan jumlah makanan kering, atau pemberian makan jenama yang lebih tinggi dalam serat, makanan rumput kering atau rumput yang segar.