Tikus belanda yang sakit amat merisaukan kerana ia akan bertambah teruk dalam sekelip mata sahaja jika kita tidak perasannya. Apabila kita dapat mengesan dengan lebih awal, kebanyakan penyakit boleh disembuhkan sebelum ia mula merosot. Seorang pemilik yang bertanggungjawab akan belajar tanda-tanda tikus belanda yang sakit dan sedia untuk mendapatkan rawatan veterinar sekiranya perlu. Berikutlah tanda-tanda yang menunjukkan tikus belanda anda sakit.
Tikus belanda yang enggan makan dan minum. Tikus belanda dikenali sebagai salah satu haiwan yang pandai makan. Seekor tikus belanda yang sihat biasanya akan makan tidak henti-henti sepanjang masa. Jadi, perhatikan perubahan yang berlaku. Tidak makan atau makan kurang dari biasa kadang-kadang adalah tanda yang anda dapat kesan dengan cepat semasa anda beri makanan untuknya. Tikus belanda tidak boleh tanpa makan lebih daripada beberapa jam kerana ini akan menyebabkan kerosakan organnya.
Tikus belanda yang tidak makan adalah tikus belanda yang sakit. Jika haiwan kesayangan anda tidak makan langsung atau sangat sedikit dalam jangka masa 16 hingga 20 jam, bawakannya ke veterinar dengan segera. Pastikan tikus belanda anda minum air seperti biasa. Sesetengah tikus belanda tidak banyak minum dan ada yang suka minum banyak. Ketahui kuantiti air yang haiwan kesayangan anda minum dan cari perubahan dalam kuantiti tersebut.
Pernafasan yang berat atau mendesah. Pernafasan yang normal adalah di mana tikus belanda anda dapat bernafas dengan muda, tanpa mengeluarkan sebarang bungi. Sekiranya haiwan kesanyangan comel ini kelihatan ada kesusahan untuk bernafas, tercungap-cungap, batuk, atau mendesah, anda membuat konklusi yang mungkin ada sesuatu yang berlaku dengannya. Keletihan dan mata yang kabur. Tanda sakit tikus belanda yang anda juga boleh tahu adalah badannya yang tidak bermaya dan sentiasa duduk di satu sudut dengan diam, tidak berapa sanggup bergerak atau kelihatan letih dan sentiasa tidur. Seterusnya adalah matanya. Tikus belanda yang sihat mempunyai mata yang sangat ekspresif dan terang. Jika matanya kelihatan merah, mata yang agak tenggelam atau berair, tikus belanda anda sudah sakit.
Masalah kencing. Tikus belanda betina mudah dijangkit sistitis. Jangkitan kencing boleh diketahui dalam pelbagai bentuk seperti tikus belanda misalnya kencing darah, kurang kencing sebab tidak selesa atau rasa sakit semasa kencing. Jangkitan kencing sukar dirawat sendiri di rumah. Jika anda perasan terdapat tanda-tanda jangkitan dalam kencing tikus belanda, dapatkan pemeriksaan dari veterinar anda.
Keguguran bulu, kerap menggaru. Tikus belanda yang tidak sihat akan ada botak di satu atau lebih kawasan pada kulitnya dengan kulit tersebut kelihatan merah. Semak haiwan peliharaan anda setiap hari untuk ketahui kondisi dan perubahan liputan rambut atau keadaan kulitnya. Infestasi kutu jarang berlaku di badan atau kulit tikus belanda. Jika anda syak kegugurun bulu mungkin adalah infestasi kutu, perhatikan tanda-tanda kehilangan bulu di badannya. Tikus belanda anda akan sentiasa menggaru, terutamanya berhampiran hujung belakannya.
Selain daripada kutu, keguguran bulu lebih banyak dikait dengan cacing kurus atau ringworm yang sering menjadi salah satu sebab keguguran bulu. Jika anda syak tikus belanda anda ada cacing ini di kulitnya, periksa tompok botak dekat kepalanya yang sering muncul dulu di mana kulit di tempat tersebut mula kelihatan merah. Jika simptom keguguran bulu tikus belanda anda lain daripada yang dihurai di atas, anda boleh cuba bawa haiwan kesayangan anda ke verterinar untuk rawatan yang sepatutnya.
Cirit-birit. Anda boleh tahu dengan banyak melalui najis tikus belanda anda. Kekurangan pengeluaran air kencing atau najis adalah satu punca yang membimbangkan. Cirit-birit sering menunjukkan masalah kesihatan dan harus dirawat tanpa penangguhan. Sentiasa perhatikan keluaran tikus belanda anda semasa anda membersihkan tempat tinggalnya.