Kenapa Kucing Melakukan Menguli? Penjelasan Di Sebalik Gerakan Mengurut Ini

Kucing merupakan haiwan yang sangat menarik. Mereka comel tapi pada masa yang sama, mereka penuh dengan misteri terutamanya apabila mereka melakukan menguli. Aktiviti kesayangan kucing anda ini telah persoalan ramai untuk memahami tingkah laku yang comel ini. Tingkah laku ini seolah-olah sudah menjadi akitiviti masa lapangnya. Jadi, apa sebab di sebalik hobi ‘buat kuih’ ini? Walaupun masih tiadakepastian untuknya, tetapi terdapat beberapa teori yang dapat membantu anda memahami haiwan kesayangan comel anda ini.

 

Kucing yang pernah pisah dari ibu mereka. Salah satu teori untuk kucing yang melakukan menguli adalah kucing yang dipisahkan daripada ibu mereka sewaktu kecil atau terlalu awal. Anak kucing akan menguli, memijat atau menguli bahagian susu ibu mereka untuk memudahkan pengeluaran susu ibu. Sebaliknya, anak kucing yang disuap guna botol dari kecil lebih jarang akan melakukan gerakan ini. Jangan risau, kucing anda yang besar sekarang berbuat demikian bukan untuk susu, tetapi semata-mata hanya untuk mengimbas kenangan selesa dan keselamatan semasa mereka kecil. Sebenarnya, anda patut berasa gembira menjadi doh si comel anda.

 

Kucing anda mahu membuat tempat yang lembut untuk tidur. Kucing bisanya suka menguli di tempat tidur yang biasanya mempunyai permukaan yang lembut. Ini ada kaitan dengan keturunan mereka. Dari sudut pemahaman anjing, anjing akan pusing beberapa kali di tempat tidurnya kerana nenek moyang anjing, serigala, berbuat demikian untuk meratakan rumput di sekeliling tempat tidur mereka. Bagi kucing, nenek moyang mereka akan membuat menguli ke atas rumput untuk menjadikan sarang tersebut lebih lembut dan selesa untuk tidur atau lahir anak.

 

Kucing menunjukkan kepuasan atau melepas stress. Kadang-kalanya ada yang akan terfikir, adakah si comel ini mengenali dan menyayangi tuannya? Macam manusia, kucing boleh gembira, dan kucing pun boleh stres. Walaupun kita tidak tahu sebab keseronokan di sebalik menguli, tetapi apa yang pasti adalah mereka menikmatinya. Menguli manusia juga merupakan cara si comel anda menunjukkan kasih sayang untuk mereka.

 

Kucing menanda kawasan dan kepunyaan. Terdapat kajian yang nyatakan tingkah laku kucing menguli atau menguli bergantian kiri dan kanan adalah untuk menanda benda atau kawasan yang dimilikinya. Selain daripada menguli sebagai tanda kepuasan, haiwan kesayangan ini akan menguli untuk menenagkan diri mereka jika mereka rasa resah atau risau. Mereka akan menanda kawasan mereka dengan mengunakan kedua-dua tapak tangan dan kaki untuk meningalkan bau atau aroma di atas pemilik mereka atau tempat yang si comel ini suka. Ini kerana tapak kaki dan tangan kucing dikatakan boleh mengaktifkan kelenjar peluh melalui menguli, memberitahu yang lain bahawa ia pernah berada di sini, atau untuk menanda tempat tersebut, kawasan naungannya.

 

Walaupun menguli adalah perkara yang comel, tetapi anda tidak mahu tangan atau kaki anda dicalar semasa menguli berlaku. Di sini terdapat beberapa cara yang dapat menyelamat kaki dan tangan anda daripada menjadi doh buruk. Untuk elak daripada dicakar semasa kucing anda menguli, letak kain yang lembut di bawah kucing semasa ia sedang menguli. Jika gerakanya semakin sakit untuk anda, anda boleh cuba alih kucing anda ke posisi baring ke tepi. Anda juga boleh melatih dengan membawa kucing anda menguli di tempat yang lain. Bagikannya mainan dan membelai kepala dan leher untuk mengalih perhatiannya. Akhir sekali, jangan lupa sentiasa potong kuku tangan dan kakinya.

 

Adakah kucing anda pernah berbuat demikian? Apa yang anda lakukan untuk membantunya? Kongsikan pendapat anda dengan kami.