Kelakuan Arnab? Ketahuilah Dunia Mereka

Ada arnab yang melompat untuk menyambut kita; ada yang tidak. Sesetengah arnab sangat aktif, melompat di merata-rata rumah; ada yang tidak. Adakah anda rasa keliru dan pelik dengan pelbagai tingkah laku sang arnab comel kita yang bertelinga panjang serta gigi panjang tengah yang ketara dalam mulut? Jangan risau, berikutlah tingkah laku dan maksudnya di sebalik haiwan peliharaan comel ini.

 

Mengunyah merupakan tingkah laku yang biasa arnab lakukan. Mereka menggunakannya cara mengunyah dalam pelbagai perkara. Antaranya adalah untuk memeriksa serta meneroka benda-benda di sekitar mereka. Kebiasaanya, arnab akan mengunyah untuk merasakan objek serta makanan tertentu dan cara ini juga merupakan salah satu permainan untuk arnab-arnab. Selain itu, sebagai haiwan yang sering dinama sebagai ‘pengali bawah tanah’, tingkah laku korek mengorek adalah perkara yang semula jadi atau insting bagi arnab. Seperti arnab-arnab liar yang hidup di bawah tanah, arnab peliharaan di rumah juga akan menggunakan cara ini untuk bermain dan meneroka persekitaran mereka. Di samping itu, arnab juga makan dengan banyak apabila mereka berpuas hati dan gembira.

 

Satu lagi perkara yang biasa dilakukan oleh arnab apabila mereka gembira adalah makan cecotropes. Cecotropes atau pelet cecal adalah sejenis kotoran yang khas hanya dapat dihasilkan oleh arnab di bahagian saluran pencernaan arnab yang dipanggil usus buntut atau cecum di mana mereka membuat cecotropes ini. Ia adalah makanan yang dicerna dan dilepaskan dari arnab dan kemudiannya ditarik balik. Oleh itu, jika arnab comel anda berbuat demikian, jangan risau kerana cecotropes ini penuh dengan nutrien untuk mereka dan pada dasarnya juga merupakan salah satu cara untuk membantu mereka menyerap semula nutrien sebanyak mungkin.

 

Untuk ketahui lagi jika arnab anda adalah gembira dan selesa, cuba tengok cara duduk mereka. Jika arnab anda duduk dengan cara seperti kemalasan atau “loafing” di mana arnab anda akan menyimpan kaki di bawah perutnya, biasanya dengan kepala terkulai, telinga yang santai, mata terbuka setengah, menggulungkan badannya seperti bola yang kecil atau roti. Posisi ini memaparkan bahawa arnab kesayangan anda sangat mangantuk dan selesa dengan kondisi persekitarannya.

 

Arnab yang sihat akan membersihkan badanya sendiri dengan teliti beberapa kali sehari. Tingkah laku ini juga memaparkan petanda yang baik bahawa arnab anda sangat berpuas hati dan bahagia. Arnab membersihkan diri mereka lebih daripada kucing sehingga anda kemungkinan besar akan melihat arnab anda melakukannya setiap masa. Kebanyakan arnab suka dipeluk apabila didekati dengan cara yang betul. Kebanyakan masa arnab akan menggunakan nudging untuk mendekati pasangan, kawan atau tuan mereka. Mereka juga akan menggunakan cara ini apabila terdapat benda yang menghalang di depan mereka.

 

Apabila arnab anda hendak berkomunikasi dengan tuan atau kawan mereka, mereka juga akan menggunakan cara mencubit. Sama seperti nudging, arnab anda mungkin akan menggunakan tingkah laku cubit apabila terdapat sesuatu yang menghalang di hadapan mereka. Cara ini lebih lembut daripada gigitan dan tidak sekuat untuk mencederakan tuan atau kawanya. Jika mahu tahu bahawa arnab anda sedang menggigit, anda kemungkinan besar akan melihat telinganya berbaring rendah dekat belakang badan sambil ekornya yang berdiri.

 

Bernafas dengan laju boleh menjadi satu tanda kepuasan setelah arnab anda baru berlari untuk sementara waktu. Ia adalah tingkah laku yang setiap arnab akan lakukan sepanjang masa apabila mereka gembira.

 

Akhirnya, tidur sudah tentu menjadi kegemaran haiwan peliharaan ini untuk meluangkan masanya apabila anda sibuk atau tiada di rumah. Untuk pengetahuan anda, arnab merupakan haiwan mangsa atau umpan, mereka tidak tentu akan selalu tidur dengan pejam mata. Oleh itu, apabila anda nampaknya buka mata dan duduk dengan diam, ia tidak bermaksud arnab kesayangan anda sedang merenung. Maka kemungkinan haiwan comel ini sudah lama berada dalam dunia mimpinya sebab arnab mempunyai keupayaan untuk meninggalkan mata mereka terbuka semasa mereka sedang tidur.