Kecemasan Arnab. Anda Perlu Tahu

Kencing arnab yang berwarna merah. Warna kencing arnab biasanya susah dikesan disebabkan jerami yang diletak di rumah arnab. Apabila anda mendapati perubahan warna kencingnya, perkara pertama yang patut dilakukan adalah mengenal pasti sama ada kah warna tersebut mengandungi darah. Kencing yang berwarna dan berdarah dinamakan hematuria. Antara punca yang boleh terjadi untuk keadaan ini adalah masalah saluran kencing yang boleh dikaitkan juga dengan buah pinggang.

Secara keseluruhannya, masalah kencing berdarah juga akan menyebabkan arnab tersebut mengalami keletihan, kesusahan atau kesakitan kencing dan perut kembung. Gaya hidup seekor arnab sering dikatakan pengaruh untuk masalah kencing berdarah. Kekurangan pergerakan seekor arnab mungkin akan menyebabkan kristal kalsium wujud di bawah sistem pembuangan kencing. Masalah ini akan membuat arnab anda jarang bergerak sebab kesakitan atau ketidakselesaan dan seterusnya merosakkan kesihatan arnab tersebut.

Masalah pernafasan dalam arnab biasa berlaku dan perkara ini adalah serius. Perkara ini penting di mana pemilik arnab patut jumpa dengan doktor haiwan sekiranya terdapat masalah mengenai masalah pernafasan arnab. Arnab adalah spesis yang hanya menggunakan hidung untuk bernafas. Ini bermaksud hidung yang tersumbat akan mengganggu pernafasan arnab dan lama kelamaan mungkin akan menyebakan kesihatan mereka merosot.

Arnab akan bernafas dengan lebih laju berbanding dengan sesetengah haiwan. Seerkor arnab dewasa biasanya mempunyai kadar pernafasan sebanyak 30 sehingga 60 seminit dengan kiraan tarik nafas dan hembus dikira sekali untuk satu pernafasan. Tetapi kadar ini mungkin berbeza pada sesetengah arnab yang mempunyai kadar pernafasan yang lebih cepat atau jika arnab anda baru lari, berasa panas atau berada dalam keadaan yang tertekan. Kalau arnab anda duduk dengan diam, kepala jatuh ke satu tepi, periksakan lidahnya. Jika mendapati terdapat sedikit warna biru pada lidahnya, segera kerjakannya ke klinik haiwan sebab ia mungkin menghadapi kesesakan pernafasan.

Cirit-birit. Cirit-birit jarang berlaku pada arnab dewasa. Sebaliknya, keadaan ini akan sangat bahaya jika terjadi pada arnab bayi atau arnab yang masih muda dan sedang bertumbuh. Cirit-birit boleh berlaku dengan cepat dan menyebabkan kematian dalam beberapa jam sahaja. Jika anda mendapati arnab anda mengalami cirit-birit, sentiasa pantau keadaan sama ada ia menjadi semakin buruk. Cuba perhatikan tanda-tanda keadaan arnab seperti keletihan, hilang selera dan keluaran najis yang berair. Dapatkan nasihat doktor haiwan dengan segera jika mendapati arnab bayi itu semakin tidak bermaya dan tidak aktif sebab cirit-birit juga boleh menyebabkan arnab mengalami penghidratan.

Arnab yang lemah dan kesejukkan. Suhu telinga arnab menentukan suhu arnab. Jika arnab anda kelihatan duduk dalam posisi yang pelik, membungkuk di sudut, ambil kain untuk membalutkannya di sekeliling badan dan segera bawanya jumpa doctor haiwan.

Arnab sentiasa menggaru telinganya. Jika arnab anda sentiasa mengaru telinga, ia mungkin disebabkan oleh bulu, jangkitan atau parasit telinga.

Kepanasan atau strok haba. Kepanasan merupakan keadaan yang berbahaya kerana arnab sangat sensitif dengan suhu yang tinggi. Simptom awal kepanasan termasuk pernafasan yang terlalu laju, kegetaran badan, pengeluaran air liur dari mulut atau kelihatan keliru dengan sekitarnya.

Jika anda ingin membawakannya keluar, pastikan anda sedia perlindungan yang secukup. Misalnya, botol air yang sudah dibeku untuk arnab anda baring di sebelah dan menyerap kesejukan pada hari-hari panas atau kipas kecil bertiup berhampir dengan arnab. Untuk arnab yang mengalami kepanasan, penurunan suhu arnab perlu dilakukan dengan segera. Letakkan beberapa ketulan ais pada airnya supaya dapat menurukan suhu badan semasa ia minum. Semburkannya dengan air dan segera membawakannya ke klinik jika arnab anda tidak sedar.